Saturday, January 23, 2010

Bimbingan dan Kaunseling untuk Kanak-Kanak

begitulah nama subjek keduaku dalam semester 7 ni......da second last semester.........=)

begitu cepat masa menginjak meninggalkanku....dah smpai umur 22 dan sedang melalui saat demi saat..........


ni hasil terapi bermain ritu.....mendayu-dayu sumer owg nanges...termasuklah wanis...hehe

7A ######## <3 ######### @(Taman Menjaroes) sume tu kenangan....kenangan yang paling menyedihkan...tajuk yg cg bagi....hehehe...jadi sume tu menggambarkan kesedihan masa lalu..... sekarang hepi je..insyaAllah....xda isu besar rasanya.... =) ok, ni nak terangkan sikit pasal TERAPI BERMAIN ni............

okey, kalo menurut laman web ni, TERAPI BERMAIN ni dah bermula sewaktu zaman Plato lagi.alah Plato yg kita blaja time form 5 dulu tu....xkan xingat kot...hehehe...ni tgk kat wikipedia kalo xingat gak...(padahal me myself kena rujuk Wikipedia balik...dah lupa maa...hehe....takpa, kita saling mengingatkan) .kata2 Plato yang terkenal berkaitan dgn terapi ni ialah

"you can discover more about a person in an hour of play than in a year of conversation."

kiranya kita boleh mengetahui dengan lebih mendalam tentang seseorang itu dengan satu jam bermain berbanding kita berbual selama setahun....

Kanak-kanak juga kompleks seperti orang dewasa. Kanak-Kanak kadangkala sukar menzahirkan perasaan mereka. dengan cara TERAPI BERMAIN ni r perasaan kanak-kanak boleh dizahirkan tanpa mereka sedari dan memudahkan kita, org dewasa untuk mengenali mereka serta mengenalpasti masalah yang kanak-kanak tersebut alami.

ok, salah satu contoh yang mungkin boleh kita ambil ialah, bila kanak-kanak tu ada masalah dengan ibu dia, mungkin kanak-kanak itu akan menggunakan satu patung yang lebih besar dan lagi satu patung yang lebih kecil dan dijadikan simulasi dalam permainannya..... kanak-kanak ini mungkin akan mengibaratkan patung besar itu sebagai ibunya, dan patung kecil itu sebagai dirinya sendiri. dalam keadaan ini, dia mungkin menunjukkan satu keadaan di mana patung besar memarahi patung kecil dan patung kecil merasa sedih. dia juga mungkin akan meluahkan segala fikiran dan pandangan terhadap ibunya melalui patung tersebut.

dari segi permainan yang digunakan pulak, biasanya yang manipulatif r kan.......macam what i did, using plasticine..............boleh jugak gunakan lego, patung, teddy bear ke.........kalau telefon tu kira TERAPI BERMAIN ke terapi telefon e?? eh ada ke terapi telefon?? huhu.....

OK,daripada laman web ni diterangkan kegunaan terapi ni......tp dalam Bahasa Indonesia...tp kita kan serumpun, boleh faham kan....

Kegunaan dari terapi bermain sendiri adalah membantu anak yang memiliki masalah emosional, kecemasan karena stress, tekanan atau depresi. Sehingga perasaan-perasaan tadi bisa berkurang dan anak-anak diharapkan bisa mengatasi masalahnya sendiri. Seorang anak yang mampu mengatasi permasalahan emosinya diharapkan menjadi individu yang lebih percaya diri, tahu kelemahan dan kelebihan sehingga mereka siap menghadapi tantangan di jamannya.

TERAPI BERMAIN ni selalunya diapplykan kepada kanak-kanak berumur dalam lingkungan 2-10 tahun yang mengalami masalah emosi yang dah dapat memahami bahasa dan dapat bermain sendiri.....biasala budak-budak kan sukakan perhatian, jadi selalunya masalah tentang kurang perhatian daripada ibubapa menjadi subjek atau masalah utama.

tapi boleh je kita nak apply kat org dewasa....cuma orang dewasa ni pada pendapat wanis, org dewasa lebih cenderung menyembunyikan masalah yang dihadapinya...kiranya macam susah nak luahkan dalam bentuk permainan...tapi bak kata Una(my classmate), kita bukan nak tgk hasil kerja tangan org tu, tapi kita boleh perhatikan macam mana org tu bermain dan menghasilkan kerja tangan tu (ni merujuk pada permainan kami menggunakan plastisin)...tgk klien tu menggepal-gepalkan plastisin tu, menekan2 dengan penuh perasaan dan macam2 cara lagi cara klien tu meluahkan perasaan melalui medium permainan.........

haaa......untuk bagi TERAPI BERMAIN ni, jgn plak tinggalkan kanak-kanak tu main sowang2 tanpa pengawasan...kena tengok....perhatikan.....proses dia bermain tu pon penting kita perhatikan......

artikel ni jugak mengatakan....

Menurut Tedjasaputra, saat orangtua menyediakan waktu untuk bermain bersama anak-anak mereka, saat itulah anak-anak merasa dihargai. Selain itu orangtua juga bisa mengetahui kestabilan emosi mereka yang diungkapkan dalam permainan.

Tedjasaputra ni seorang tokoh Indonesian.

kesimpulannya dapatlah kita ketahui di sini bahawa salah satu terapi yang boleh kita gunakan dalam bimbingan dan kaunseling kanak-kanak ialah dengan menggunakan TERAPI BERMAIN........kaedah ini bukan saja menyeronokkan malah memberikan hasil yang baik dan cepat.................susah kanak-kanak nak bohong dalam keadaan luar kawal mereka.....bila main kan sume ikut hati je....hehe......ok.......akan ada lebih banyak entry pasal terapi2 ni, insyaAllah.........Assalamualaikum sume...


2 comments:

  1. haha....dah nak masuk Februari pon ijad...hehe....Selamat Tahun Baru gak....=)

    ReplyDelete