Wednesday, February 11, 2009

Muzium Orang Asli, Ayer Keroh Melaka


8 Februari 2009. menjejak kaki jua akhirnya ke Malaysian Aboroginal Muzium yang terletak di Ayer Keroh ni. muzium ni cuma bersebelahan bangunan makanan segera, mcDonald. memang mudah nak jumpa. bayaran masuk cuma RM 1 bagi dewasa dan 50 sen bagi kanak-kanak.
tujuan asal untuk mencari maklumat tambahan berkaitan kerja kursus subjek Pendidikan (dulunya EDUCATION, yang baru semester ini ditukar bahasa pengantar).

Alhamdulillah, dengan pertolongan rakan yang mempunyai kemudahan kenderaan,(roommate,Maryam Jamilla) kami menperoleh maklumat-maklumat yang kiranya melebihi dari keperluan sebenar. dengan masa yang sangat singkat juga, maklumat-maklumat ni dikumpul. lebih kurang pukul 4 petang hingga pukul 5 lebih.

sebaik menjejak kaki ke dalam muzium ni, dapat dirasai persekitarannya yang memang dah distruktur seolah-olah kita berada dikawasan penempatan mereka rasanya. dekat dengan flora khasnya dan fauna amnya.

Orang asli di Malaysia terdapat bukan sahaja di semenanjung, tetapi juga di negeri Sabah dan Sarawak. walaubagaimanapun, cuma orang asli di semenanjung Malaysia yang dirujuk sebagai nama 'orang asli'.

terdapat 3 rumpun utama orang asli di semenanjung iaitu Negrito,Senoi dan Melayu Proto. tiap-tiap suku bangsa ni pula dipecahkan kepada 6 suku kaum dan mereka berinteraksi menggunakan bahasa yang berbeza-beza.

KEDUDUKAN GEOGRAFI
boleh tengok video yang saya rakam ni untuk tahu di mana suku-suku kaum tertentu ni boleh didapati di Malaysia. kaum Negrito kebanyakannya di sekitar banjaran titiwangsa yang kebanyakan berpusat di Utara semenanjung. Kuam Senoi mendiami di sekitar kawasan lereng banjaran Titiwangsa serta di sebelah pantai di negeri Selangor manakala Melayu Proto pula kebanyakannya mendiami kawasan Selatan Semenanjung.

KEDUDUKAN SOSIAL
dari segi kepimpinan di kalangan mereka, ketua mereka ialah Tok Batin.seperti semua sudah sedia maklum. kemudian diikuti oleh menteri,penghulu dan ketua kampung.ketiga-tiga ni lebih dikenali sebagai Jenang oleh penduduk. di Muzium tu, kami diterangkan bahawa Jenang adalah pelaksana kepada arahan Tok Batin. penduduk pula akan berhubung dengan Jurukerah dalam banyak aspek. kalau dikalangan mereka, jurukerah ni dimudahkan panggilannya menjadi 'Jekerah'. Jurukerah lebih berfi\ungsi sebagaia pegawai perhubungan luar dalam organisasi tertinggi tersebut.

perubatan juga mempunyai kedudukan yang tersendiri dalam mesyarakat orang asli. yang tinggi kedudukannya dalam bidang perubatan ialah Puyang, kemudian diikuti Bomoh/Tarun dan seterusnya bidan/Tok Mudim.

PERKAHWINAN
dari segi adat perkahwinan mereka, banyak adat yang menyamai adat Melayu sendiri iaitu terdapat acara meminang, bersanding dan sebagainya. tetapi bagi kaum asli yang asal (dahulu kala), pada malamnya diadakan upacara mengasah gigi untuk membuang sial. kemudian diadakan upacara berinai. pada malam perkahwinan, akan diadakan tarian joget lambak yang disertai oleh kedua-dua belah pihak pengantin. tarian ni selalunya berlanjutan hingga lewat malam. mandi mayang pula akan diadakan pada keesokkannya. air mandi ialah air yang direndam dengan mayang pinang yang baru berkembang mekar.

kat muzium ni, anda kan boleh tengok patung macam 'real' tengah bersanding. very interesting. tapi saya nasihatkan, janganlah pergi seorang diri,terutamanya perempuan.
barang kemas pengantin pula sederhana dan mengikut pakaian tradisional masing-masing. penganting perempuan akan memakai kalung, gelang yang diperbuat daripada manik-manik yang pelbagai warna.lilitan dikepala pula diperbuat daripada anyaman anyaman daun-daun untuk mencantikkan lagi pasangan pengantin tersebut.

PANTANG LARANG
dari segi pantang larang pula, kaum asli masih lagi berpegang kuat pada pantang larang sehingga kini.
ibu mengandung tidak boleh mentertawakan binatang seperti monyet kerana dikhuatiri muka dan perlakuan bayi akan menyerupai binatang tersebut.mereka dilarang meakan ikan berwarna merah kerana dikhuatiri akan tumpah darah ketika melahirkan anak nanti. mereka dilarang bekerja di waktu subuh dan senja kerana takut anak menjadi tak bermaya kerana semangatnya telah terganggu.

PENDIDIKAN
bagi orang asli sendiri, kebnyakan mereka telah didedahkan dengan kepentingan pendidikan sedari kecil. malahan, pemilihan ketua di kalangan mereka pada masa kini telah mementingkan pencapaian pendidikan mereka. mereka tidak lagi mewariskan kedudukan ketua tersebut, tetapi merujuk kepada tahap pendidikan dulu.

ORANG ASLI YANG BERJAYA
telah ramai anak orang asli yang menunjukkan prestasi yang amat cemerlang dalam bidang akademik. telah ramai yang berjaya dan menjadi golongan professional. antaranya boleh dilihat di gambar sebelah...


video

2 comments:

  1. Jangan lupa datang lagi ke Muzium ini ye..

    ReplyDelete
  2. Salam..akak, boleh tnya tk? Dekat muzium ni dia ada terangkan secara detail pasal adat2 kelahiran orang asli?

    ReplyDelete